Assalamualaikum Semua, Lama sungguh saya menghilangkan diri dari dunia blog ini. Hampir 5 tahun lamanaya. Selama tempoh itu, pelbagai cabaran, kenangan suka duka saya alami sehingga saya berdiri gah sehingga kini. Mesti semua pembaca tertanya-tanya, sepanjang tempoh ini, apa yang berlaku ke atas diri saya. Untuk pengetahuan semua, saya telah menyambung pengajian jarak jauh dalam bidang yang saya minati, iaitu saya bergelar pelajar bagi jurusan " Bachelor of Accounting". Dalam masa yang sama, saya sudah mempunyai 2 org puteri yang sedang membesar.. Saya telah berhenti kerja daripada U dan sekarang menjawat jawatan sebagai Business Analyst di syarikat A.