Posts

Showing posts with the label Reverse Engineering

Integration Finance System dengan Sistem Lain

Setelah berpenat-penat memikirkan pasal dokumen integration, akhirnya dokumen itu telah berjaya disiapkan. Dokumen integration yang disiapkan adalah: Integration Finance dengan Student billing Integration Finance dengan Payroll System Integration Finance dengan e-claim (staff portal) Integration yang penting adalah data yang perlu dihantar/diterima oleh sistem yang lain. Jika design yang dilakarkan adalah salah, menjadikan integration gagal dilaksanakan. Pada dasarnya, orang yang memainkan peranan adalah sistem analyst. Beliau yang perlu tahu penggunaan/db yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak. Penghantaran/penerimaan data juga perlu diambil kira bagi memastikan data tersebut boleh digunapakai. --- sharing is caring ---

Konsep Reverse Engineering

Semasa proses pembangunan system, kita menggunakan konsep SDLC ( System Development Life Cycle ). Hanya subjek ini yang sering diajarkan di IPTA/IPTS. Pelajar/graduan tidak permah di dedahkan dengan konsep reverse engineering. Ini berlainan sekali dengan dunia pekerjaan. Kebanyakan organisasi lebih mengutamakan produk on-shelf (produk base market ) dengan mengambil kira customization yang perlu dibuat. Dengan konsep customization , banyak produk yang tidak disediakan dengan design & flowchart. Disini berlakunya reverse engineering supaya customization dapat dilakukan dengan jayanya. Tetapi, base product selalunya paling sukar untuk dilakukan customization . Oleh itu, reverse engineering memerlukan skills dan knowledge bagi product dan proses kerja. Dan proses reverse engineering akan lebih mudah jika skills yang lebih tinggi digunakan.