Tahun 2020 - Covid 19 (PKP - Perintah Kawalan Pergerakan)


Assalamualaikum Semua,

Kenangan yg takkan di lupakan.. Utk saya & anak cucu baca di tahun² hadapan jika masih dipanjangkan umur πŸ˜’😒
Takkan sesekali aku lupa,..
18 MAC - 31 MAC 2020 fasa 1
01 APR - 14 APR 2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI 2020 fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ“ harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter
πŸ“ Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.
πŸ“ Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
πŸ“ Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan
πŸ“ Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan
πŸ“ Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
πŸ“ Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.
πŸ“ Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.
πŸ“ Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta
πŸ“ Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.
πŸ“ Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.
πŸ“ Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.
πŸ“ Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.
πŸ“ Taman permainan kanak - kanak ditutup.
πŸ“ Kekurangan stok penutup muka, gaun,
dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.
πŸ“ Kekurangan alat bantuan pernafasan
bagi pesakit kritikal.
πŸ“ Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan
πŸ“ Rak - rak di kedai menjadi kosong.
πŸ“ Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.
πŸ“ Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.
πŸ“ Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.
πŸ“ Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.
πŸ“ Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.
πŸ“ Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.
πŸ“ Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.
πŸ“ Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.
πŸ“ Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.
πŸ“ "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang"

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 Mac 2020 πŸ˜­πŸ˜­πŸ˜­
.
.
Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?

Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih.
Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua adalah satu ! ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️πŸ‡²πŸ‡Ύ❤️
Hari ini, 30 April 2020 dah masuk hari ke 2 Fasa ke 4, hari ke 44 PKP.


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan pre-UAT

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement