Integrasi Sistem Traffic (Sistem Keselamatan) dengan Sistem Pelajar & Sistem Perakaunan


Sistem Traffic (Sistem Keselamatan)dibangunkan bertujuan untuk menyimpan semua maklumat saman/denda yang telah dikeluarkan oleh pihak keselamatan kepada pelajar. Antara denda/saman yang dikeluarkan adalah saman lalulintas, menunggang melebihi had laju, tidak memakai topi keselamatan, kenderaan yang tidak mempunyai sticker serta parking di tempat letak kereta staff. Sistem Traffic (Sistem Keselamatan) ini telah di integrasi dengan sistem Pelajar bertujuan untuk menyekat mana-mana pelajar yang masih berhutang dalam Sistem Traffic (Sistem Keselamatan) untuk mendaftar pada semester baru atau menyekat pelajar tersebut mendaftar untuk majlis konvokesyen. Sistem Traffic (Sistem Keselamatan) ini juga di integrasi dengan Sistem Perakaunan iaitu submodule Penerimaan (Account Receivable). Selepas pembayaran denda dibuat, maklumat pembayaran terus di integrasi kepada Sistem Traffic dan juga sistem Pelajar.


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan pre-UAT

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement