Cleanup Data Untuk Proses Data Migration


Data Cleanup adalah subjektif bagi sesebuah organisasi. Kita tidak ada tempat untuk membuat rujukan jika kita mempunyai persoalan bagi proses data cleanup. 


Antara soalan yang sering bermain di fikiran kita

  1. Adakah setiap data yang dibekalkan oleh organisasi mengikut template yang diberi?
  2. Adakah data tersebut dikaitkan dengan Setup? Adakah data setup tersebut adalah setup yang terkini?
  3. Adakah data yang diberikan benar-benar data yang sudah clean?
  4. Adakah data cleanup ini adalah tugasan pihak vendor/developer?


Bagi soalan yang dinyatakan, kita mencuba untuk mengungkai jawapan tersebut

  1. Bagi soalan 1 – walaupun data yang diberi mengikut template, tetapi data yang dimasukkan kadang-kadang tidak mengikut spesifikasi. Contohnya , template tersebut perlu di maklumkan cara untuk memasukkan data termasuk uppercase, lowercase, sentence case.
  2. Bagi soalan ke 2 – kalau data yang dimasukkan berkaitan dengan setup, vendor/developer perlu memaklumkan kepada pengguna mengenai data setup berkenaan. Dan data setup tersebut adalah data yang tulen/terkini.
  3. Bagi soalan ke 3 – kadang-kadang, vendor perlu buat re-migration semula kerana pengguna memaklumkan bahawa data yang diberikan tidak tulen dan mempunyai beberapa data yang perlu diubah
  4. Bagi soalan ke 4 – bagi pendapat saya, cleanup data perlu dilakukan oleh pihak pengguna. Dan semakan data cleanup juga perlu dilakukan pada organisasi. Data berkenaan amat difahami oleh pihak pengguna berbanding pihak vendor/developer. Selalunya pihak vendor/developer terus memasukkan data tersebut tanpa membuat semakan kedua.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan pre-UAT

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement