Tuesday, 2 April 2013

Prepare Data Migration

Hi,

Salah satu step yang kritikal adalah untuk menyiapkan data migration. Nampak mudah dan senang disebut, tetapi implikasi yang besar akan berlaku dalam sistem baru yang sedang dibina.

Apa yang berlaku sekarang adalah menyiapkan data vendor profile yang akan di migrate ke dalam sistem yang baru.

Senario:
1. Setiap cawangan mempunyai vendor profile mereka yang tersendiri (setiap sistem cawangan adalah sistem sendiri/island sistem)
2. kemungkinan setiap cawangan akan berkongsi vendor yang sama


Cara penyelesaian (yang dicadangkan)
1. Combine semua data vendor profile daripada semua cawangan, then migrate ke dalam sistem yang baru.

Kemungkinan masalah yang berlaku:
1. Setaip vendor akan mempunyai creditor statement mereka.
2. Kod creditor setiap kampus adalah berlainan. 
3. Jika semua vendor profile yang sama disatukan, perlu ada indicator bagi menyimpan vendor code yang lama bagi memudahkan carian dibuat.
 
Oleh yang demikian, system developer perlu mempunyai knowledge yang tinggi untuk mengurangkan kemungkinan masalah yang berlaku. Kadang kala, system developer memandang ringan semua masalah ini dan apabila stage deployment, proses deployment akan jadi tergendala atau delayed.

No comments:

Post a Comment