Evaluation Tenderer (Penilaian Penender)

Salam....

Semasa penilaian penender dilakukan, banyak perkara yang kita terlepas pandang, termasuklah saya. Bagi kita, penilaian penender hanya melibatkan maklumat yang dinyatakan sahaja.

Penilaian yang sering dilakukan:

  1. Harga
  2. Modal syarikat
  3. Projek yang telah dilakukan
  4. Presentation produk (jika berkaitan)


Perkara yang kita lupa adalah:

  1. Melawat projek yang telah berjaya (reference site). Semasa lawatan rujukan inilah, kita boleh tahu dan nilai samada projek yang dinyatakan adalah projek yang berjaya atau tidak. Kita juga boleh tahu, kepuasan pelanggan penender bagi projek yang terdahulu. Selain daripada kepuasan pelanggan, kita juga boleh memohon pelanggan terdahulu melihat projek tersebut secara dekat.


Kerana kelemahan tersebut, projek yang sedang dijalankan menjadi lambat. Ketidakpuasan hati pengguna juga terpaksa dipendam akibat kecuaian pemilihan penender.  Diharap, selepas ini, penilaian lebih teliti perlu dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan pre-UAT

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)