Sistem Testing tidak boleh dilakukan oleh Developer/Programmer?



Apabila developer test code mereka sendiri, developer akan test bagi normal proses sahaja dengan ending output yang menarik/ menggunakan data yang sah sahaja. Ini akan menunjukkan seolah-olah code mereka tiada bug / error atau code yang mereka jana mengikut normal proses sehingga mereka terlupa untuk menguji exception proses/pengujiansecara terperinci.

Kebimbangan utama apabila developer yang melakukan testing adalah salah paham keperluan / keperluan kerja yang menyeluruh. Jika developer dari peringkat awal lagi sudah salah paham dengan keperluan pengguna, developer tidak akan jumpa masalah error yang berkaitan dimana masalah/error tersebut akan kekal sehingga pelaksanaan system dilakukan.   

Kebanyakan developer yakin dengan code yang mereka buat dan yakin dimana code tersebut berjalan dengan baik tanpa ada error/bug. Oleh itu, dengan keyakinan itu mereka tidak akan menguji code mereka.


Developer

Tester
Developer sentiasa inginkan code yang mereka jana/buat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah/bug/error
Tester  akan test aplikasi kerana ingin menggagalkan aplikasi tersebut dengan apa cara sekalipun. Dan dengan pasti, tester akan menguji aplikasi tersebut dengan pelbagai cara untuk membuktikan yang aplikasi tersebut tidak berfungsi dengan baik.



Comments

Popular posts from this blog

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)

Kepentingan pre-UAT

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement