Data Migration - Edit Data using Db

Salam semua,

Haritu, saya telah diberi tugasan untuk buat data migration post graduate. Saya telah membetulkan data tersebut berdasarkan complain pengguna apabila mereka dapati report yang dijana adalah salah. Setelah semakan dilakukan, ada maklumat yang perlu dimasukkan bagi menjana maklumat yang betul.

Saya terpaksa mengemaskini maklumat tersebut secara detail supaya maklumat tersebut benar dan memenuhi kehendak. Selepas kejadian itu, saya mendapat aduan sekali lagi bahawa maklumat yang dimasukkan juga bermasalah.

Kerana masalah ini terjadi berulang kali, saya memohon pihak yang bertanggungjawab menjawab soalan ini. Semakan keatas design database, maklumat tersebut bukanlah maklumat yang penting (not mandatory & not foreign key). Tetapi maklumat tersebut diperlukan bagi menjana report dan proses yang lain.

Dan pihak yang bertanggungjawab ke atas sistem ini juga tidak aware kepada semua maklumat yang perlu disimpan dengan alasan, pemprosesan dalam sistem ini tidak ada standard dan terlalu banyak maklumat yang dimasukkan.

Oleh kerana itu, dokumentasi amat penting bagi memastikan perubahan sistem dan penambahbaikan proses senang dilakukan di kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan pre-UAT

Sistem Stock Control (juga dikenali sebagai Sistem Inventori)

Flow Chart Bagi Sistem E-Procurement